ban6
Dec. 30.

Seminar Teknik Menjawab Soalan PMR 2011

ban4
Dec. 30.

Program Pengantarabangsaan 2011

ban1
Dec. 30.

Olimpiad 2011 di Universiti Malaya

Dec. 29.

Permainan Nombor

Hi semua, hari ini cikgu nak kongsikan satu video yang mengajar kita satu helah dalam matematik. Ianya adalah berasaskan dari teori algebra. Selamat mencuba semua :-)

 

Dec. 29.

LDP Maths 2011

ban3
Sep. 20.

Lawatan ke Keningau, Sabah.

Lawatan sambil belajar ke Keningau, Sabah diadakan pada 16 -19 September yang lalu diwakili oleh 2 orang guru dan 8 orang pelajar. Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar serta mendapat reaksi yang positif daripada semua pihak. Kesudian pihak MOSTI untuk menjemput pihak kami, sebagai wakil sekolah dari Semenanjung Malaysia, amatlah dihargai.

Dengan adanya program ini, guru-guru Matematik dan para pelajar dapat menimba ilmu dan pengalaman berguna untuk dimanfaatkan di peringkat sekolah nanti. Program-program susulan akan dirancang dan dilaksanakan pada tahun hadapan, sebagai kesinambungan daripada lawatan ini.

Diharap hubungan dua hala dan kerjasama yang baik antara pihak MOSTI dan sekolah kami, akan diteruskan lagi pada masa hadapan dengan pelbagai lagi bentuk program dan perkongsian pintar di antara kedua-dua pihak.

ban5
Apr. 30.

Kem Genius Math 2011

Syabas diucapkan kepada para pelajar yang terpilih untuk menghadiri Kem Genius Math selama 2 hari iaitu pada 23-24 April yang lepas. Suatu program yang sangat luarbiasa dan input yang diterima sememangnya amatlah berharga. Semoga segala yang dipelajari melalui Kem ini dapat digunakan semasa menghadapi peperiksaan sebenar kelak. Jom kita lihat sorotan peristiwa yang berlaku disepanjang Kem ini berlangsung.

ban2
Apr. 24.

Program Explorace 2011

“Lari Lari, Cepat Cepat”. Macam macam telatah pelajar dan guru sepanjang Program Explorace Sekolah Rendah kawasan Pudu Ulu diadakan semalam (23 April 2011). Meriah sangat! :-) Jom kita lihat antara kenangan dan gelagat lucu para peserta.

Feb. 28.

Selamat Datang ke Math Cluster @ SMKSBS

Hi, Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Syukur Alhamdulillah, di ucapkan kerana Blog Cluster Matematik Sekolah kita bakal telah pun siap :-)

Semoga kita akan perolehi lebih banyak info dan maklumat dari masa ke semasa dan semoga dengan adanya blog ini, hubungan diantara guru dan murid SMKSBS akan menjadi lebih akrab.

Berita baik untuk pelajar yang bakal mengambil SMP pada tahun 2012 nanti, InsyaAllah, kita akan bakal adakan ruangan untuk pelajar ‘Download’ semua soalan-soalan peperiksaan percubaan SPM sejak tahun 2009 dari serata negeri di Malaysia. Semoga dengan adanya kemudahan ini, pelajar akan lebih berdaya saing dan lebih proaktif dalam memajukan diri di masa akan datang.

Blog ini juga bakal menyediakan ruangan Profil Guru Matematik di SMKSBS untuk memudahkan pelajar berhubung terus dengan guru berkenaan.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan teruskan mengikuti Math Cluster @ SMKSBS ( www.MathSBS.edu.my )

 

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.